Akhirnya, aku taip 'hmetro' pula dekat google dan masuk ke laman web hmetro.com.my. Terdapat satu berita yang menarik perhatian aku semasa syok layari laman web tersebut iaitu bertajukkan 'Tragedi 6 Bersaudara'. Ini merupakan kandungan berita tersebut:-
KUANTAN: “Semuanya berlaku terlalu pantas. Anak-anak saya sebelum itu sedang mandi apabila tiba-tiba ketiga-tiga mereka tenggelam timbul dan terkapai-kapai.
“Saya cuba menyelamatkan mereka namun hanya berjaya menyelamatkan seorang saja,” kata Zaleha Abdul Ghani, 42, yang kehilangan dua anaknya, Mohd Zaiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd Saiful, 11, akibat lemas di Pantai Sepat, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, enam orang termasuk tiga anak Zaleha lemas. Bagaimanapun, seorang anak wanita itu dan tiga anak saudaranya berusia antara lapan hingga 16 tahun, berjaya diselamatkan orang ramai dan kini dirawat di di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).
ANGKAT...orang ramai membantu seorang daripada mangsa lemas.
Zaleha bersama keluarganya dari Sungai Isap, berkelah di pantai itu sempena cuti umum Tahun Baru Cina.
Dua anaknya yang maut, Mohd Zaiful dan Mohd Saiful berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika diselamatkan dan meninggal dunia di HTAA akibat sesak nafas. Seorang lagi anak Zaleha masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia mengharapkan anaknya itu selamat.
Pada masa sama, Zaleha meluahkan kekesalannya terhadap pihak berkuasa yang tidak melakukan pemantauan di sepanjang pantai itu biarpun sebelum ini banyak kejadian lemas berlaku.
“Mereka (pihak berkuasa) sepatutnya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak kejadian ini berulang kembali,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata enam orang lemas dalam kejadian itu dengan dua daripada mereka maut.
Menurutnya, pihaknya masih melakukan siasatan terperinci punca kejadian.
Setelah baca semua isi kandungan berita, terdapat satu kesimpulan disini antaranya ialah ibu bapa perlulah sentiasalah pantau anak-anak ketika bermandi di mana-mana sahaja tak kira sungai atau pantai atau pun yang sewaktu dengannya. Walaupun ibu bapa menganggap bahawa anak-anak mereka sudah besar panjang, ini tak semestinya ibu bapa boleh membiarkan mereka begitu sahaja seperti melepaskan batuk di tepi tangga. Oleh itu, ibu bapa dan semua individu sentiasa perlu berwaspada akan perkara ini. Sekian sahajalah.
p/s: Aku berdoa supaya Allah S.W.T menjauhkan perkara-perkara sepeti ini dari kita, Aminn..

insyaallah, kne pndai jge dri..kt mne2 pown bley jdk dik lau da smpai ajal :)
ReplyDelete