Donate

Showing posts with label Menyayat Hati. Show all posts
Showing posts with label Menyayat Hati. Show all posts

23 January 2012

Berwaspadalah Ketika Mandi Di Kawasan Seperti Pantai

Semasa sedang bosan-bosan tadi, aku surf lah internet ni. Seperti biasa, jika tak nak buat apa mesti aku akan taip 'aidilnasirudin' dekat google. Dan seperti biasa, belum dapat sitelink lagi (ahaha, berangan).



Akhirnya, aku taip 'hmetro' pula dekat google dan masuk ke laman web hmetro.com.my. Terdapat satu berita yang menarik perhatian aku semasa syok layari laman web tersebut iaitu bertajukkan 'Tragedi 6 Bersaudara'. Ini merupakan kandungan berita tersebut:-




KUANTAN: “Semuanya berlaku terlalu pantas. Anak-anak saya sebelum itu sedang mandi apabila tiba-tiba ketiga-tiga mereka tenggelam timbul dan terkapai-kapai.
“Saya cuba menyelamatkan mereka namun hanya berjaya menyelamatkan seorang saja,” kata Zaleha Abdul Ghani, 42, yang kehilangan dua anaknya, Mohd Zaiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd Saiful, 11, akibat lemas di Pantai Sepat, dekat sini, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, enam orang termasuk tiga anak Zaleha lemas. Bagaimanapun, seorang anak wanita itu dan tiga anak saudaranya berusia antara lapan hingga 16 tahun, berjaya diselamatkan orang ramai dan kini dirawat di di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).


Followers